Kesihatan Mental Am
Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
- Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
- Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
- Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO)
- Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, – Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
- Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
- Selesa dengan diri sendiri
- Selesa dengan orang lain
- Selesa dengan persekitaran
- Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
- Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?
Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.Sihat Mental
Anda mempunyai mental yang sihat sekiranya anda- Selesa dengan diri sendiri
- Selesa dengan orang lain dan persekitaran
- Boleh menghadapi cabaran sehari-hari
Orang yang sihat mental dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan orang ramai, serta menyumbang kepada masyarakat
Sakit Mental:
Keadaan
di mana seseorang tidak lagi dapat mengawal emosi, pemikiran dan
tingkah laku, menjadikan banyak aspek kehidupannya berkecamuk. Orang
yang sakit mental berkemungkinan besar tidak dapat berfungsi dengan
normal.
Hubungan Di Antara Sihat Mental dan Sakit Mental
- Kesihatan mental dan sakit mental adalah dua keadaan yang berhubung di antara satu sama lain.
- Seseorang yang sihat mental ada kalanya mengalami gangguan mengakibatkan tahap kesihatan mentalnya menurun
- Keadaan ini boleh pulih semula setelah dia dapat mengawal kembali emosinya, mendapat bantuan orang di sekeliling atau bantuan profesional
![]() |
|
![]() |
|
Kesihatan mental yang baik juga dapat dihasilkan jika seseorang itu tahu dan dapat memastikan aktiviti dan kaedah yang sesuai untuk menangani tekanan emosinya
Kesihatan dan ketahanan mental yang baik boleh dicapai dengan mengamalkan cara hidup sihat iaitu:
- Pemakanan seimbang
- Senaman akan mengakibatkan badan merembes hormon endorphine yang bertindak menjadikan mental dan fizikal lebih sihat
![]() |
|
Apakah Sifat-Sifat Yang Boleh Menghasilkan Kesihatan Mental Yang Baik?
Setiap orang mempunyai perwatakan (personaliti) yang berlainan berpunca daripada pengaruh dalaman seperti keturunan, dan luaran seperti didikan, mengikut role model, pergaulan, pengalaman dan lain-lain. Sifat-sifat dan perwatakan yang berlainan inilah yang menjadikan kehidupan di dunia ini menarik. Namun terdapat beberapa sifat yang dapat menjurus kepada mental yang sihat:
- Bersyukur dengan apa yang anda miliki; “count your blessings”
- Pemikiran yang positif; selalu fikirkan yang positif, elak berfikiran dan beranggapan yang buruk. Jangan sangka buruk terhadap orang lain
- Berkeyakinan diri; yakin diri anda ‘boleh’ melakukan perkara-perkara yang ingin anda lakukan atau yang dipertanggungjawabkan. Tidak ada perkara yang tidak boleh dipelajari. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”
- Mempunyai harga diri; sayangi diri anda supaya anda tidak akan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat atau menjatuhkan maruah diri sendiri
- Belajar mengatakan “TIDAK”; bagi perkara-perkara yang anda tahu akan mendatangkan bahaya kepada diri. Jangan takut atau was-was untuk mengatakan “TIDAK”. Anda akan lebih dihormati kerana mempunyai pendirian dan kekuatan untuk mengatakan “TIDAK”
- Rajin mendalami berbagai ilmu termasuk ilmu kerohanian
- Sasaran yang diberi kepada diri sendiri adalah adil dan mengikut kemampuan.
- Tidak lokek memberi pujian kepada orang lain dan juga kepada diri sendiri
Kebanyakkan
masanya anda boleh mengawal kesihatan mental sebagaimana anda mampu
mencorak kesihatan fizikal anda. Berusahalah untuk mencapai tahap
kesihatan mental yang optima agar kehidupan anda dan orang di sekeliling
anda sentiasa bahagia.
![]() |
![]() |
Kesihatan mental kanak-kanak
Perkembangan Psikososial Normal
Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?
Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di definisikan sebagai seseorang itu dapat :- Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
- Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
- Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
- Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya
Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?
Perkembangan
psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari
semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini
boleh dibahagikan kepada :- Kognitif ( proses mental ) – memahami , membuat perkiraan, membuat pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.
- Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah, tugasan ini termasuk :
- Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
- Belajar mengawal emosi
- Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
- Sosial – Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pergantungan kepada ibu bapa atau penjaga utama.
- Moral – Melibatkan isu-isu betul atau salah.
Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?
Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:- Keperluan asas kehidupan
- Tempat berlindung dan keselamatan
- Makanan
- Penjagaan fizikal
- Penjagaan Kesihatan
- Keperluan psikososial dan rohani
- Keyakinan kepada tuhan
- Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
- Keselamatan dan kestabilan
- Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
- Bermain di bawah pengawasan yang mantap
- Pendidikan
- Bimbingan yang betul
- Ketegasan dan disiplin yang diatur
- Kebiasaan harian yang boleh dijangka
- Sikap keibubapaan yang sihat
Kesihatan Mental Remaja
KEMAHIRAN HIDUP
Pengurusan Masa:
Pengenalan
Pengurusan
masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi
melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah
anda lakukan.Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda.
Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.
Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:- Membazir banyak masa yang berfaedah
- Menjadi tidak produktif
- Mendapat stres
- Menjadi cemas dan bimbang
- Bertambah gusar dan mudah marah
- Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
Buat jadual harian. Catatkan:
- Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
- Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
- Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
- Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
- Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila
anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa
dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang
anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.
Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat
anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: ‘Saya ingin memperoleh
wang’ bukanlah satu matlamat; sebaliknya ‘Saya ingin mendapatkan RM50.00
untuk membeli sepasang kasut dalam tempoh 2 bulan’; merupakan satu
matlamat.Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan
keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori.
Contohnya: ‘Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan’, ‘Melakukan
senaman adalah keutamaan’, ‘Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan
keutamaan’.Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan.
Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.
Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui
apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda
mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.
Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.
Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.
Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
Hasil
Anda menjadi:- Lebih terurus
- Produktif
- Kurang tertekan
- Gembira
- Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna
- Pengurusan Stres
- Masalah Pembelajaran
- Kawalan Diri
- Kebolehan Menghadapi Perubahan Hidup
- Matlamat Kehidupan
- Komunikasi Dengan Remaja
- Fahami Personaliti
- Nilai Diri (Remaja)
- Keterampilan Diri
- Keyakinan Diri
- Kesedaran Kendiri
- Ketenangan (Relaksasi)
- Penyelesaian Masalah
- Pemikiran Positif
- Kemahiran Berunding
- Menjalinkan Persahabatan
- Menangani Perpisahan
- Kemahiran Berkomunikasi
- Ketegasan Menangani Kemarahan
Kesihatan Mental Dewasa
Pusingan Kerja
Pengenalan
Bumi
sentiasa berputar mengikut paksinya. Melihat kejadian alam, banyak kita
boleh perolehi manfaatnya. Kejadian pertukaran siang dan malam bagi
bumi ini, pertukaran empat musim di negara tertentu dan lain-lain,
membuktikan tentang kebesaran Allah dan tentunya ia mempunyai hikmah
(kebijaksanaan) tersendiri. Dalam alam, berlaku pusingan masa tertentu
seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Peralihan ini menunjukkan
perubahan yang boleh jadi ianya baik atau sebaliknya mengikut sunnah
Allah yakni mengikut hukum alam dan sains yang telah ditetapkan Allah.
Fenomena
perkembangan bidang kerjaya di negara ini adalah sangat dinamik. Suatu
ketika dahulu, masyarakat bertumpu kepada kerjaya tradisional seperti
pertanian, perhutanan, pemburuan dan perlombongan. Namun kini
perkembangan kerjaya adalah selari dengan perkembangan sains dan
teknologi. Kewujudan pekerjaan baharu pula menyebabkan berlakunya
persaingan dalam mendapatkan pekerjaan seterusnya menyebabkan organisasi
turut bersaing dalam meningkatkan hasil produktiviti masing-masing.

Sumber: http://penapadi.blogspot.com/2013/06/kepelbagaian-kepimpinan-cari-titik.html
Definisi
Pusingan Kerja (Job Rotation)
adalah merupakan kaedah di mana sesebuah organisasi melaksanakan dasar
memberi peluang melaksanakan kerja lain bagi memastikan setiap pekerja
mempunyai kemahiran yang luas dan pengalaman kerja yang berbeza.
Matlamat Job Rotation adalah untuk pekerja mendapat kepuasan berkerja secara maksima dan mengelakkan burn-out.
Pusingan
Kerja boleh menyebabkan sesebuah organisasi memberikan impak yang
positif atau sebaliknya kepada sesebuah organisasi. Ahli akademik dari
Vietnam, Do Ngoc Huynh yang melakukan kajian di Jepun mendedahkan bahawa
sistem pusingan kerja di agensi pentadbiran cukai Negara Matahari
Terbit itu dilakukan dua kali setahun berjaya mengurangkan rasuah serta
meningkatkan jumlah pendapatan cukai.
Budaya Cara Bekerja
Dewasa
ini, kita sudah tentu melihat generasi dewasa gemar bertukar-tukar
kerja antara satu sama lain. Perkara ini berlaku disebabkan seseorang
itu tidak mendapat kepuasan dalam pekerjaaannya. Kebosanan melakukan
kerja rutin menjadi punca kepada seseorang itu mencari pekerjaan lain
bagi mendapat sesuatu impian yang dihajati. Individu mengikut
perkembangan umur 21-30 tahun menjadi kebiasaan golongan ini
bertukar-tukar pekerjaan.
Bagi
mereka yang peringkat umur adalah sekitar 31-50 tahun pula, individu
berkenaan akan menjaga kestabilan dalam pekerjaannya. Ketika umur ini,
pelbagai peluang digunakan oleh para pekerja untuk mendapat keistimewaan
seperti peluang kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya supaya
dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga.

Sumber: http://peace-love-hope-trustbelieve.blogspot.com/2011/12/pengorganisasian.html
Kebaikan
Pendekatan
ini digunakan adalah kerana beberapa faktor tertentu. Dalam sesebuah
organisasi, sudah pasti berasa tidak selesa dengan sebahagian pegawai
yang sudah terlalu lama dalam sesuatu unit atau jabatan. Ia adalah untuk
mengelakkan penyelewengan dan ketirisan dalam melaksanakan tugas.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), pegawai yang terlalu lama dalam sesebuah organisasi
berpotensi besar untuk menyalahgunakan kuasanya. Selain itu juga ia
adalah untuk mengelakkan daripada sebahagian pegawai yang mendakwa
bahawa setiap idea yang dijalankan atau dilaksanakan bersifat kepunyaan
sendiri atau “ownership”
Teknik Job Rotation
digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan untuk meningkatkan
kebolehpasaran dalam dunia perniagaan. Seseorang manusia atau pekerja
suka kepada pekerjaan tertentu bagi jangka masa tertentu. Namun, jika ia
dibiarkan untuk sesuatu pekerjaan ia boleh menjadikan seseorang itu “burn out”.
Pekerjaan yang rutin akan menyebabkan kebosanan dan kemalasan. Impaknya
menjadikan orgnanisasi tidak dapat meningkatkan nilai dan hasil
produktiviti disebabkan sikap bagi sesetengah pekerja yang sangat selesa
dengan unit-unit tertentu.
Kaedah Job Rotation
ini juga membolehkan seseorang pekerja itu mempunyai peluang untuk
bekerja dalam pelbagai suasana persekitaran pekerjaan. Apabila seseorang
itu mempunyai peluang berkenaan, pencapaian dalam pekerjaan dapat
dilaksanakan secara maksimum mengikut kehendak organisasi masing-masing.
Antara Kebaikan Untuk Kepentingan Diri
-
Meningkatkan produktiviti dan kesungguhan dalam bekerja
-
Pengalaman pekerjaan yang luas
-
Mengelakkan diri daripada penyelewengan kuasa dan rasuah
-
Mengelakkan kebosanan “burn out” dalam pekerjaan
Kepentingan Organisasi
-
“Output” dan “outcome” daripada pekerja dapat dipertingkatkan secara maksimum
-
Mengelakkan diri daripada berlakunya ketirisan, rasuah dan penyelwengan kuasa dalam kalangan pekerja
Perspektif Masalah
Namun, kaedah Job Rotation juga boleh menimbulkan kegelisahan dan ketidakselesaan oleh sesetengah individu yang telah ‘cope’
dengan fungsi tugas yang telah dilaksanakan sebelum ini. Individu yang
mendapat arahan untuk membuat tugasan lain akan menyebabkan:
-
Pemikiran Tidak Rasional
-
Individu berkenaan akan berfikir bahawa majikan tidak suka dengan dirinya
-
Individu akan merasakan dirinya tidak sesuai dengan setting baru
-
Individu tidak dapat berkomunikasi dengan rakan sekerja
-
-
Tanda-tanda Emosi
-
Rasa sedih
-
Selalu menangis
-
Cepat rasa marah
-
-
Perubahan Tingkahlaku
-
Berlaku hasut-menghasut dalam pejabat
-
Individu membuat penolakan terhadap organisasi
-
Implikasi
Job Rotation juga
memberikan cabaran kepada seseorang individu untuk melakukan perubahan.
Ini adalah kerana bagi sesetengah individu, perubahan yang ingin
dilakukan mengambil masa tertentu untuk memahami skop, fungsi tugas
masing-masing dalam pekerjaan.
Kesihatan Mental Warga Emas
Keperluan Kesihatan Warga Emas
Keperluan Kesihatan Warga Emas
Pada
dasarnya keperluan asas anda boleh dijelaskan melalui Model Jadual
Hidup Harian yang menyenaraikan 12 aktiviti asas. Seiring dengan
keperluan psikososial yang lain, keperluan asas yang ditunjukkan ini
perlu diberi perhatian bagi membolehkan anda menjadi lebih berdikari
untuk hidup secara berkualiti.
Tempat tinggal
- Buat keputusan di mana anda akan tinggal pada tahun mendatang
- Pastikan tempat tinggal anda berhampiran dengan kemudahan awam
- Pastikan ruang dan keadaan rumah anda bersesuaian dengan anda
- Buat
keputusan samada anda hendak keluarga dan kawan-kawan tinggal bersama
anda atau anda pindah dan tinggal bersama mereka. Jika anda suka dengan
pilihan ini, pertimbangkan perkara berikut sebelum membuat keputusan
- Pastikan anda memahami dan menerima hak dan tanggungjawab mereka.
- Pastikan segala pengurusan kewangan dibincang dan dipersetujui sepenuhnya.
- Adakan satu tempoh percubaan.
- Pastikan juga terdapat ruang tempat tinggal yang mencukupi bagi membolehkan anda mendapat privasi .
Keselamatan
- Pastikan tempat tinggal anda sentiasa selamat
- Buat senarai semak barang-barang merbahaya yang terdapat di rumah anda
- Ubahsuai tabiat anda
Komunikasi
Keupayaan
untuk berkongsi buah fikiran, pandangan dan perasaan membolehkan
wargatua kekal sebagai sebahagian dari ahli masyarakat serta mengelakkan
diri dari rasa terasing. Tambahan pula ia boleh menanamkan sikap
berdikari dan memahami makna hidup bermasyarakat.Warga tua boleh meningkatkan keupayaan secara:
- Belajar memperbaiki kemahiran gaya komunikasi.
- Lakukan pemeriksaan jika menghadapi masalah pendengaran. Doktor boleh mencadangkan alat bantuan pendengaran jika diperlukan.
- Ahli keluarga anda boleh mengubahsuai strategi baru memperbaiki komunikasi berkesan.
0 ulasan:
Catat Ulasan