Beguk
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda dan gejala beguk?
Tanda
dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan
orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada
simptom awal, mereka mungkin menghadapi:- Demam.
- Sakit kepala.
- Mulut kering dan hilang selera.
- Keletihan.
- Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid.
Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.
Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kala komplikasi juga boleh berlaku seperti:- Encephalitis (Pembengkakan pada otak).
- Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak).
- Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas).
- Orchitis (Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa.
- Pekak.
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan:- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
- Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.
- Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk
juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12
bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada
vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Ianya sangat berkesan
untuk mencegah beguk ini.Cacar Air
Apa itu jangkitan cacar air?
Ini
ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan
oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia
adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang
senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.
Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam
lepuh (blisters). Ianya merebak:- Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
- Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .
Apakah tanda dan gejala?
Anak
anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada
seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari
sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam
kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius.
Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil
kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.Gejala:
- Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
- Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
- Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
- Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Cacar Air
Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
- Jangkitan kuman pada kulit.
- Jangkitan pada darah (blood stream infection).
- Radang paru-paru.
- Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:- Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.
- Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
- Minum banyak air masak.
- Ambil makanan yang seimbang.
- Sentiasa membasuh tangan.
- Sapu losen kalamine di tempat ruam.
- Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
- Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
- Berumur 12 tahun ke atas.
- Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
- Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
- Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).
- Segolongan ibu-ibu mengandung.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
- Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.
- Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
- Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
- Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
Demam Campak
Apa itu demam campak?
Demam campak (Rubella)
adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles.
Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan
disertai ruam pada kulit.Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:- Demam tinggi.
- Batuk, selesema dan sakit tekak.
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
- Sakit otot.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Ruam demam campak
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak.
Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang
disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan
kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubella.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan
kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius
terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai
imuu sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
- Jangkitan pada telinga.
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
- Jangkitan pada otak (encephalitis).
- Cirit-birit.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:- Panadol untuk mengurangkan demam.
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
- Berehat dan minum air yang cukup.
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh.
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika
berumur 7 tahun.Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.
MMR adalah vaksin yang selamat.
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.
Hepatitis B bagi Kanak-kanak
Apakah maksud Hepatitis B?
Hepatitis
B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B iaitu HBV. Virus ini boleh
didapati di dalam darah dan cecair badan (air mani, air liur serta
cecair daripada luka) orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika
anda terdedah secara langsung kepada darah atau cecair badan. Ini boleh
berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan
kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh juga menyebabkan bayi mereka turut
dijangkiti oleh HBV.
Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?
Anda
akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari daripada
hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih
cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika
berbanding dengan kanak-kanak.Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah:
- Penat.
- Sakit kuning.
- Gatal-gatal.
- Hilang selera makan.
- Hilang berat badan.
- Sakit perut.
- Sakit-sakit sendi.
Apakah perjalanan semulajadi jangkitan kuman ini?
Kebanyakan
orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil
pesakit yang dijangkiti akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan
kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan
menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih daripada
jangkitan awal Hepatitis B.Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:
- Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis).
- Cirrhosis hati (Liver cirrhosis).
- Kegagalan fungsi hati (Liver failure).
- Barah hati.
Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan akut hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:- Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak.
- Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar.
- Elakkan arak/alkohol.
- Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubatan yang diambil untuk penyakit kronik yang lain.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada dijangkiti Hepatitis B?
Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu. Contohnya:- Hepatitis B boleh dielakkan dengan:
- Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang.
- Elakkan berkongsi barang persendirian (contohnya pisau pencukur).
- Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah atau organ.
- Hepatitis B boleh juga dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV di mana 3 dos diberi semasa lahir, 1 bulan dan 6 bulan mengikut jadual imunisasi Malaysia.
- Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur lain, untuk kumpulan masyarakat yang tertentu jika mereka tidak mendapat suntikan imunisasi sebelumnya atau tidak pernah mendapat jangkitan ini sebelumnya.
- Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual.
- Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah.
- Kaki tangan kesihatan.
- Pesakit-pesakit dialisis.
0 ulasan:
Catat Ulasan