Pengurusan Masa
Pengenalan
Pengurusan
masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi
melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah
anda lakukan.Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda.
Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.
Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:- Membazir banyak masa yang berfaedah
- Menjadi tidak produktif
- Mendapat stres
- Menjadi cemas dan bimbang
- Bertambah gusar dan mudah marah
- Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
Buat jadual harian. Catatkan:
- Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
- Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
- Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
- Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
- Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila
anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa
dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang
anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.
Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat
anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: ‘Saya ingin memperoleh
wang’ bukanlah satu matlamat; sebaliknya ‘Saya ingin mendapatkan RM50.00
untuk membeli sepasang kasut dalam tempoh 2 bulan’; merupakan satu
matlamat.Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan
keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori.
Contohnya: ‘Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan’, ‘Melakukan
senaman adalah keutamaan’, ‘Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan
keutamaan’.Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan.
Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.
Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui
apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda
mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.
Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.
Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.
Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
Hasil
Anda menjadi:- Lebih terurus
- Produktif
- Kurang tertekan
- Gembira
- Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna
Pengurusan Stres
Pengenalan:
Tanda dan Gejala:
- Apa itu Stres?
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan - Adakah stres sesuatu yang bahaya?
-
TidakGraf Stres Hans Selve
Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.
- Adakah anda mengalami stres? Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai Ujian Stres.
Jumlah markah Maklumat Nasihat Kurang dari 10 Anda mempunyai ketahanan diri terhadap stres Syabas! Namun anda boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang baik. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres 10 – 20 Anda menunjukkan tindakbalas yang normal terhadap stres Anda boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres 30 to 50 Anda mudah mengalami stres Anda perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres Lebih dari 50 Anda mengalami stres yang tinggi Anda perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup anda. Sila mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres - Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?Fizikal
- Gementar
- Berpeluh
- Rasa seram sejuk
- Tangan dan kaki rasa sejuk
- Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
- Bernafas laju
- Kering mulut
- Kerap buang air kecil
- Kerap buang air besar
- Cirit birit
- Kurang selera makan
- Mudah dapat serangan penyakit:
- Asma
- Sakit belakang badan
- Masalah penghadaman
- Sakit kepala
- Gatal-gatal
- Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
- Sakit-sakit badan
- Cepat letih
- Kebimbangan
- Keliru dan kurang daya tumpuan
- Sukar kawalan diri
- Perubahan emosi:
- Tekanan perasaan
- Kekecewaan
- Mewujudkan permusuhan
- Rasa tak berdaya
- Kurang sabar dan cepat marah
- Lemah Semangat
- Susah nak tidur
- Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
- Sukar membuat keputusan
- Kurang minat terhadap aktiviti harian
- Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
- Pemikiran positif terganggu disebabkan
- Sering berfikiran negatif
- Kurang memberi perhatian
- Hilang keyakinan diri
- Hilang tumpuan
- Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah
- Bercakap dengan cepat dan kuat
- Menguap
- Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
- Perasaan yang negatif:
- Mudah tersinggung
- Terlalu bergantung kepada orang lain
- Suka memberi komen dan kritik orang lain
- Boleh bertindak ganas
- Bertindak secara tidak logik
- Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
- Kurang Kecekapan diri:
- Mudah lupa
- Selalu membuat kesilapan
- Sering terlibat kemalangan
- Kurang produktiviti kerja
- Menindakkan keupayaan diri sendiri
- Punca stres
- Stres Ancaman (survival) :Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
- Stres
dalam diri sendiri:Di mana anda adalah seorang yang mempunyai
personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan
kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan
mengharapkan hasil yang tinggi. .
Apabila
anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan
kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
- Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
- Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
- Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
- Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
- Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda
- Stres persekitaran tempat kerja anda
- Stres disebabkan persekitaran
- Ruang tempat kerja yang sempit
- Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
- Bising
- Kawasan yang kotor dan tidak selesa
- Pencemaran
- Pengurusan persekitaran yang tidak cekap
- Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
- “Caffeine” boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
- Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
- Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.
- Stres disebabkan persekitaran
- Stres disebabkan Cara Hidup dan PekerjaanFaktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
- Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
- Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
- Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
- Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
- Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
- Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
- Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
- Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
- Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
- Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
- Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
- Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
- Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
- Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
- Tiada peluang kenaikan pangkat
- Tiada jaminan pekerjaan
- Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
- Tekanan dari pihak atasan
- Campur tangan terhadap bidang tugas
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
- Gangguan terhadap perancangan kerja
- Gangguan telefon
- Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
- Masalah kewangan
- Masalah hubungan dengan keluarga
- Penyakit yang dialami
- Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian
Komplikasi: - Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak ambil berat masalah stres yang dihadapi? Dalam
jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri
anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,
sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
- Mudah keletihan dan cepat penat
- Kekecewaan
- Hilang semangat ( “burn out” )
Pencegahan:Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres?
- Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
- Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
- Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
- Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkanteknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka
Masalah Pembelajaran
Pengenalan
Untuk
seseorang individu mempelajari sesuatu ia perlu mencapai beberapa
keupayaan kemahiran yang agak kompleks. Dalam proses pembelajaran,
Input-input maklumat contohnya dari deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, emosi, keseimbangan serta pergerakan tubuh fizikal, akan
dikumpulkan dan diproses. Memproses maklumat pula memerlukan seseorang
individu keupayaan daya tumpuan,- mengingat, menganalisa, mengaplikasi –
iaitu daya kognitif dan pemikiran yang baik. Apa-apa masalah berkaitan
dengan mendapatkan input-input maklumat, serta dalam system pemprosesan
maklumat, akan menyebabkan masalah dalam proses pembelajaran.Masalah Pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk pelajari sesuatu. Seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau intelek pada seseorang individu itu. Ia juga boleh berlaku hasil daripada kekurangan upaya contohnya masalah kurang penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Namun, dalam kes-kes sebegini, sekiranya kekurangan upaya ini dapat di atasi, dengan penggunaan cermin mata contohnya, atau diberikan alat pendengaran seawall mungkin, serta diberi ransangan serta stimulasi awal, masalah pembelajaran di kalangan individu ini dapat dikurangkan.
Definisi
Terdapat beberapa definisi Atau.......:- Kanak-kanak yang tidak dapat mencapai tahap dalam pelajaran sepertimana kanak-kanak lain pada umur yang sama setelah melalui beberapa pengukuran secara objektif (DSM IV)
- Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan mengalami masalah dalam bidang berikut ;
- daya tumpuan,
- ingatan,
- pemikiran,
- koordinasi,
- komunikasi / perhubungan,
- membaca, menulis , mengeja dan mengira,
- kemahiran sosial dan kematangan emosi.
Apakah tanda-tanda awal semasa kanak-kanak masih kecil
Tanda-tanda
masalah pembelajaran, boleh dikenalpasti seawal usia tiga tahun.
Seringkali ianya dikesan oleh ibu-bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang
mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa bidang perkembangan,
mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran
apabila remaja dan dewasa kelak. Antara tanda-tanda kanak-kanak mungkin
mengalami masalah pembelajaran ialah:-Tanda- tanda semasa Pra Sekolah | Tanda-tanda semasa awal persekolahan (7-8 tahun) |
---|---|
|
|
Jenis kategori masalah pembelajaran
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, masalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada:-- Lewat perkembangan: (Global Developmental Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun
- Sindrom Down
- Autisme
- Masalah Intelek
- Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia
Pengesanan Awal
Pengesanan
awal sebaiknya semasa peringkat kanak-kanak lagi. Seringkali masalah
ini dikesan oleh ibu-bapa atau penjaga. Beberapa masalah perkembangan
yang berkemungkinan boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran kelak,
juga dilakukan semasa:-- masalah autisme semasa umur 18 bulan dan,
- saringan awal masalah tingkahlaku semasa berumur 4 tahun
- Pemeriksaan berkala kanak-kanak di klinik kesihatan
- Terdapat ujian saringan khas bagi:-
- Guru sedar pencapaian disekolah tidak sama seperti kanak-kanak lain. Contoh kanak-kanak mempunyai masalah membaca semasa darjah satu tetapi kanak-kanak ini pandai bercakap, bercerita dan sebagainya.
- Saringan penglihatan perlu dilakukan bagi semua kanak-kanak dalam darjah satu. Ujian penglihatan juga perlu dilakukan setiap tahun kerana bebola mata kanak-kanak masih membesar dan boleh mengakibatkan masalah refraktif iaitu masalah kurang penglihatan yang boleh dibetulkan.
- Saringan pendengaran juga perlu dilakukan bagi mereka yang berisiko contoh kanak-kanak yang di syaki tidak atau kurang dengar, yang suka mendengar muzik kuat atau mereka yang sering
Intervensi awal
Begitu
juga dengan, intervensi awal, ia perlu dimulakan seawal usia
kanak-kanak lagi. Intervensi yang efektif bergantung kepada ketepatan
mengenalpasti masalah yang dihadapi dan perancangan Individual Care Plan
atau Rancangan Pembelajaran Individu yang teliti.Oleh kerana perancangan ini adalah bersifat individu, serta tatacara intervensi bagi setiap kanak-kanak dan remaja adalah berlainan, mereka perlu menjalani penilaian perkembangan untuk mengenalpasti:-
- penyebab kelewatan serta
- Kekuatan serta kekurangan upaya mereka, masing-masing.
Masalah kurang pendengaran juga menyebabkan masalah pembelajaran kerana ‘lain yang dicakap, lain pula yang didengar’. Masalah kurang pendengaran boleh dibantu dengan alat bantu dengar (hearing aid). Bagi mereka yang boleh mendengar dengan alat bantu dengar, pendidikan adalah dalam aliran perdana. Bagi mereka yang tidak dapat mendengar walaupun dengan alat bantu pendengaran, pembelajaran adalah melalui pendidikan khas menggunakan bahasa isyarat.
Bagi mereka yang alami masalah fizikal sahaja, pembelajaran boleh dilakukan dalam aliran perdana.
Bagi mereka yang didapati mengalami masalah pembelajaran akibta kurang stimulasi, seringkali dikatakan sebagai kanak-kanak ‘lembap pembelajaran’, kanak-kanak ini perlukan pendidikan di kelas pemulihan di mana latihan tubi, serta kemahiran tatacara memproses maklumat diberikan, bagi meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta daya fikir mereka.
Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran yang disebabkan oleh kekurangan intelek atau masalah tingkahlaku, masalah ini mungkin dapat dikurangkan dengan intervensi awal, dan sabahagiannya dapat menuntut dalam aliran perdana sama seperti kanak-kanak lain. Namun, adakalanya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah teruk dan tidak dapat mengikuti aliran perdana. Mereka perlu mengikuti kurikulum pendidikan khas dan ada yang perlu fokus kepada memperkukuhkan latihan kemahiran dan vokasional.
“If the child does not learn the way we teach, then we must teach him the way in which he learns (Pollock and Waller).
Remaja dengan masalah pembelajaran
Remaja
bermasalah pembelajaran sama seperti remaja lain. Mereka memerlukan
penjagaan asas (makan, pakaian, tempat tinggal), kasih sayang, perlu
menjalini persahabatan, pendidikan dan persediaan untuk kealam dewasa
(berdikari, bekerja, kemahiran hidup bermasyarakat, berumahtangga
dsbnya).Remaja dengan masalah pembelajaran juga melalui perubahan bio-fizikal dan psikososial seperti remaja lain. Perkembangan seksual adalah sama. Remaja perempuan mengalami haid dan perubahan fizikal sekunder dan emosi sama seperti remaja lain. Remaja lelaki mengalami perubahan fizikal sekunder dan emosi sama dengan remaja lain. Dengan itu amatlah penting mengajar dan membimbing kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas bermasalah pembelajaran berkaitan seksualiti terutamanya kebersihan diri, penjagaan diri dan keselamatan diri.
Masa depan kanak-kanak dan remaja dengan masalah pembelajaran
Kanak-kanak
dan remaja bermasalah pembelajaran akan menjadi dewasa. Cabaran mereka
menghadapi kehidupan akan bertambah dengan bertambahnya tanggungjawab.
Antara yang perlu diberi penekanan sebagai persediaan adalah untuk
bekerja, berumahtangga dan hidup bermasyarakat. Menjalani hidup sama
seperti orang lain adalah hak semua inidividu, termasuk mereka yang
bermasalah pembelajaran, dan ini perlu seiring dengan tanggungjawab.
Adalah tanggungjawab ibubapa dan penjaga serta keluarga dan masyarakat
untuk memastikan mereka diberi hak serta peluang ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan