Merokok Pasif
Pengenalan
Lukiskan kartun atau animasi untuk menggambarkan perokok pasif.
A berada dalam kumpulan rakan-rakan yang merokok. Dia kemudian menceritakan pengalamannya kepada B.
Remaja A: Sekarang saya bersama dengan rakan-rakan. Saya amat gembira
kerana masih dapat berkawan dengan rakan-rakan yang merokok tetapi saya
masih tidak menghisap rokok. Saya kasihan rakan-rakan saya. Mereka patut
berhenti merokok kerana merokok amat berbahaya dan tidak baik untuk
kesihatan.
Remaja B: Awak sepatutnya kasihan akan diri awak sendiri juga.
Memandangkan awak bersama-sama dengan mereka ketika mereka merokok, itu
bermakna secara tidak langsung awak adalah perokok pasif.
Remaja A: Terkejut dan tertanya-tanya. Perokok Pasif??!!
Apakah yang dimaksudkan dengan Perokok Pasif?
Orang yang merokok dianggap perokok aktif. Perokok Pasif ialah apabila
seseorang yang tidak merokok menghidu atau menyedut asap rokok yang
dihasilkan oleh perokok aktif tanpa disedari.
Adakah perokok pasif berbahaya? Bagaimana saya boleh terlibat?
Ya, awak terlibat!!
Apabila perokok aktif merokok, asap akan terhasil dari puntung rokok
dan dilepaskan ke udara. Asap ini boleh berada di udara dalam tempoh
masa dua jam atau lebih walaupun tingkap dibuka. Walaupun kita tidak
melihat atau menghidu asap rokok tidak semestinya ia tiada lagi di
kawasan itu.
Hal ini boleh terjadi di rumah, tempat kerja, kawasan awam, dan juga
di dalam kereta. Tahukah anda tentang kandungan kimia yang terdapat di
dalam sebatang rokok? Rokok mengandungi 7000 kimia termasuk kimia yang
dikenali sebagai carcinogenic yang boleh menyebabkan kanser paru-paru. Diantaranya lagi ialah TAR aseton, asid asetik, ammonia, arsenik, benzena,
butana, formaldehid, plumbum, nikotin dan banyak lagi. Jadi perokok
pasif juga akan terdedah pada semua kimia merbahaya ini dan berisiko
untuk menghidapi penyakit:-
-
Kanser
-
Kanser Paru-paru
-
Kanser Buah Pinggang
-
Tumor Otak
-
Kanser Payudara
-
Kanser mulut, bibir dan pundi kencing termasuk kotak suara
-
Kanser Perut
-
Kanser Hati
-
Kanser Pankreas
-
-
Penyakit hati
-
Serangan Jantung
-
Angina
-
Kegagalan Jantung
-
-
Penyakit Pernafasan
-
Bronchitis
-
Emphysema
-
Pneumonia
-
Asma
-
-
Masalah serebrovaskular (kerana saluran darah yang rosak ke otak)
-
Demensia atau kealpaan
-
Strok
-
-
Penyakit Kulit
-
Alahan
-
Hilang pendengaran
Jika ibu anda atau jika seseorang yang anda tahu hamil dan adalah perokok pasif, dia adalah berisiko:
-
Melahirkan anak yang tidak cukup berat
-
Melahirkan anak tidak cukup bulan (melahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya)
-
Keguguran
-
Kelahiran mati
Adakah anda mempunyai bayi di rumah? Tahukah anda kanak-kanak juga
boleh menhadapi masalah jika mereka terdedah kepada asap rokok di rumah?
Kanak-kanak berisiko untuk:-
-
SIDS (Sindrom kematian secara tiba-tiba)
-
Asma
-
Penyakit pernafasan seperti bronchitis, bronchiolitis dan radang paru-paru
-
Meningitis
-
Alahan, batuk dan selsema
-
Kesukaran pembelajaran, kelewatan tumbesaran dan masalah neurobehavioral
-
Jangkitan telinga (otitis media)
-
Mati pucuk
-
Tidak subur
Apa yang patut saya lakukan?
Perkara yang paling penting sekali ialah jangan mula merokok. Walau bagaimapun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
-
Jangan rapat dengan rakan-rakan yang merokok. Jadikan tempat anda berjumpa adalah tempat yang bebas dari asap rokok.
-
Nasihati rakan-rakan anda agar berhenti merokok.
-
Jadikan rumah anda sebagai kawasan yang bebas asap rokok.
Bagaimana untuk membantu rakan anda dan orang tersayang untuk berhenti merokok?
Kebanyakkan klinik kerajaan ada menyediakan perkhidmatan untuk perokok
yang ingin berhenti merokok. Bawa mereka untuk mendaftar di mana-mana
klinik berdekatan. Antara rawatan yang akan dijalankan adalah:-
-
Informasi yang lebih banyak tentang rokok
-
Kaunseling individu atau berkumpulan
-
Sokongan dan bantuan dari perokok yang berjaya berhenti merokok.
Setiap perokok yang ingin berhenti merokok akan dibekalkan beberapa alatan mengikut keperluan masing-masing
-
Terapi Gantian Nikotin dalam bentuk
-
Patch
-
Gula-gula getah
-
Inhaler (tidak disediakan di hospital kerajaan)
-
-
Ubat untuk berhenti merokok
-
Bupropion
-
Verenicline
-
Bagaimana pula merokok dari shisha, cerut, tembakau paip dan tembakau gulung?
Masalahnya tetap berpunca dari pembakaran tembakau. Walau bagaimana cara pun tembakau itu digunakan kesannya tetap sama.
Selamatkan diri anda dan keluarga. Jangan merokok dapat membantu
keluarga kita hidup dalam keadaan yang bebas dari asap rokok setiap
masa.
Berhenti Merokok
Apakah baiknya berhenti merokok?
- Pernafasan bertambah baik
- Stamina meningkat
- Lebih sihat
- Lebih diterima oleh masyarakat
- Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
- Melindungi orang lain dari bahaya merokok
- Menjimatkan wang
- Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
- Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
- Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
- Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
Bagaimana cara berhenti merokok?
- Menyedari anda mepunyai masalah.
- Membuat keputusan.
- Menetapkan tarikh berhenti merokok.
- Elakkan pengaruh untuk merokok.
- Minta bantuan dari rakan anda.
- Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
- Rancang hari hari tidak merokok anda.
- Bina keyakinan diri.
- Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.
Petua mengatasi keinginan merokok.
|
![]() |
0 ulasan:
Catat Ulasan