Penderaan Seksual Remaja
Aini
telah datang ke klinik sendirian mengadu mengalami kegatalan pada
kemaluan dan lelehan kekuningan semenjak sebulan lalu. Doktor Linda yang
memeriksa mendapati Aini mengidap penyakit kelamin. Aini baru berumur
14 tahun dan doktor Linda mula bertanya tentang apa yang telah berlaku.
Akhirnya dalam tangisan Aini mengadu yang dia telah di dera secara
seksual oleh bapanya sendiri semenjak 6 bulan yang lalu. Aini takut
untuk memberitahu ibunya kerana khuatir dia akan dipersalahkan atau ibu
bapanya akan berpisah. Aini berasa sangat sedih dan terperangkap tetapi
tidak tahu apa perlu dlakukan.
Ini
adalah senario yang tidak asing di mana penderaan seksual dilakukan
terhadap remaja. Remaja mungkin mengatakan perkara ini tidak ada kena
mengena dengan mereka dan ianya tidak mungkin akan berlaku. Disebabkan
sikap beginilah ianya berlaku dan ianya berlaku tatkala remaja lansung
tidak menjangka ianya akan berlaku. Jika bukan untuk diri sendiri
pengetahuan ini boleh sahaja digunakan bagi membantu orang di sekelling
mereka.

Apa itu penderaan?
Penderaan
adalah satu pencabulan atau pelanggaran hak kamu sebagai remaja untuk
terus membesar dan berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah.
Disamping itu ia mengakibatkan remaja menjadi lebih berisiko dalam
kehidupan seterusnya. Penderaan ini mungkin berlaku secara fizikal,
emosi atau seksual.
Penderaan fizikal ialah
apabila sesaorang itu dicederakan secara fizikal. Kecedeaan yang
dialami boleh dilihat dengan jelas di mana mana bahagian anggota badan.
Selalunya ianya adalah akibat dipukul oleh benda keras atau senjata.

Penderaan emosi pula
adalah sesuatu perbuatan termasuk memulau, mengasingkan, humiliasi,
serangan cara lisan dan sebagainya sehingga menyebabkan sesaorang remaja
itu berasa tiada identiti, jati diri dan harga diri. Mangsa penderaan
emosi selalunya mempunyai harga diri yang rendah.
Penderaan seksual ialah
gangguan terhadap remaja dengan niat untuk mendapat kepuasan seksual.
Ianya tidak hanya terhad kepada melakukan aktiviti seks tetapi
melibatkan perbuatan seperti meraba dan percakapan.
Siapa yang selalunya melakukan penderaan ini?
Kita
selalu membayangkan orang yang melakukan penderaan seksual ini adalah
saorang asing yang secara tiba tiba muncul dari dalam semak atau
menceroboh masuk kedalam rumah dan melakukannya. Sebenarnya pendera
seksual itu boleh juga dari kalangan sesiapa sahaja termasuk orang yang
dikenali oleh remaja. Kerap kali juga penderaan seksual ini dilakukan
oleh ahli keluarga sendiri. Oleh kerana itulah ianya sering berlaku
apabila ianya tidak dijangka.
Kenapa penderaan berlaku?
Seorang
yang melakukan penderaan selalunya mempunyai masalah menguruskan
emosinya. Dia mungkin mempunyai masalah kesedihan yang melampau,
kekecewaan yang teruk atau kemarahan yang tidak dapat di kawal. Tanpa
pengurusan yang baik pendera melepaskan kemarahan dan kekecewaan dengan
melakukan penderaan kepada orang lain. Selalunya remaja lelaki menjadi
mangsa penderaan fizikal mungkin kerana sebagai lelaki mereka dianggap
lebih kuat bertahan dari remaja perempuan. Seorang pendera seksual juga
mungkin seorang yang pernah menjadi mangsa dera.
Penderaan seksual juga mungkin berlaku apabila pendera tersebut teransang daripada menonton video atau gambar lucah.
Penderaan seksual juga mungkin berlaku apabila pendera tersebut teransang daripada menonton video atau gambar lucah.
Apakah yang akan terjadi pada mangsa dera?
Remaja
yang telah didera mungkin berasa sangat sedih, murung dan merasakan
masa depan mereka sangat gelap. Tanpa bimbingan dan sokongan yang kuat
remaja mungkn mengambil tindakan mencederakan dirisendiri. Kemurungan
ini mungkin akan menganggu polar tidur remaja dan tabiat pemakanan
mereka.
Sesetengah remaja pula mungkin memendamkan rasa sedih, kecewa marah dan geram ini dan mempamirkan tingkahlaku yang agresif. Ada yang mula bertingkahlaku agresif terhadap haiwan, sering terlibat dalam pergaduhan di sekolah mahu pun di rumah.
Walaubagaimana pun sesetengah remaja berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka bersendiri. Mereka juga mungkin menghadapi gangguan dalam pembelajaran dan tidak dapat menumpukan perhatian.


Remaja perempuan yang didera secara seksual mungkin hamil atau menghidap jangkitan kelamin. Remaja yang gagal mendapatkan pertolongan mungkin berakhir dengan mencederakan diri sendiri. Remaja lelaki yang didera secara seksual lebih kerap terlibat dengan jenayah dan penyalahgunaan substans.
Remaja
yang didera mungkn menghadapi masalah menjalin persahabat baru dan
sukar ntuk mempercayai orang lain terutama orang dewasa. Kesan kesan ini
adalah lebih ketara jika penderaan yang di alami adalah oleh ahli
keluarga sendiri.
Apa yang boleh dilakukan oleh seorang remaja yang telah di dera?
-
Yang paling penting, JANGAN SALAHKAN DIRI SENDIRI. Anda tidak bersalah
-
Cari orang dewasa yang anda boleh percayai seperti guru, ibu bapa( jika mereka bukan pendera), atau saudara rapat dan ceritakan masaalah ini. Jika anda berdiam perkara ini akan berterusan dan menjadi lebih teruk.
-
Hubungi talian Nur 15999. Anda bole mengadu dan mendapatkan pertolongan dari perkhidmatan ini.
-
Klinik kesihatan berdekatan dengan anda juga mempunyai perkhidmatan kesihatan remaja. Malah anda boleh mengadukan masalah anda kepada mana mana pegawai perubatan di klinik tersebut yang akan membantu anda mendapatkan pertolongan lanjut.
-
Hubungi polis
Bagaimana mengelakkan penderaan seksual ini dari berlaku ?
Seorang
remaja yang telah menjangkau umur 10 tahun di nasihatkan supaya tidur
bersingan dari kedua ibu bapa. Malahan adik beradik lelaki dan perempuan
juga dinasihatkan tidak tidur didalam bilik yang sama.
Pakai
pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata walaupun didalam rumah
sendiri. Remaja mungkin tidak sedar pakaian merka mungkn meransang ahli
keluarga mereka sendiri terutama jika mereka di bawah tekanan dan di
bawah pengaruh substans.Elakkan
menerima minuman atau makanan dari orang yang baru dikenali. Ia mungkn
telah di cemari dadah yang akan menyebabkan anda khayal dan tidak boleh
melawan.
Selalu
keluar dalam kumpulan. Elakkan bersendirian dengan lelaki
walaupun anda telah lama mengenali mereka. Jangan menumpang kenderaan
orang yang tidak atau baru dkenali. Pastikan
jika anda bersama rakan dalam kumpulan, tidak ada pengunaan alkohol
atau substans lain. Keputusan yang dibuat dibawah pengaruh substans
sering keputusan yang tidak rasional. Jadilah remaja yang mempunya
pengetahuan agama dan moral yang bagus dan mengamalkan nilai nailai
agama dan moral tersebut. Sebagai
remaja, lengkapkan diri anda dengan ilmu dan seringlah bertanya dengan
orang yang lebih tua dan matang jika anda mempunyai masalah. Ilmu yang
anda dapat ini mungkin akan menyelamatan anda dari penyesalan seumur
hidup.
Kesihatan Seksual Bagi Golongan Remaja Kurang Upaya
PENGENALAN
Golongan
orang kurang upaya mempunyai kehendak biologi sama dengan manusia lain.
Orang kurang upaya juga mempunyai jangka hayat/hidup lebih lama dan
memilih untuk berkahwin atau terlibat secara seksual. Memberi kesedaran
kepada golongan ini berkaitan kesihatan seksual dari usia muda/kecil
boleh membantu mereka mengelakkan kesulitan di kemudian hari dan juga
dapat membantu mereka dapat menjaga keselamatan peribadi mereka. Masyarakat
biasanya mengatakan bahawa kanak-kanak kurang upaya tidak mempunyai
nafsu dan berkaitan jantina, bermakna mereka tidak mempunyai keupayaan
seksual atau menggesa nafsu. Mitos seperti ini adalah sangat berbahaya
bagi kanak-kanak kurang upaya dan mereka lebih terdedah kepada penderaan
seksual serta boleh mendorong mereka mempunyai tingkah laku seksual
yang tidak sesuai. Tambahan pula, seksualiti adalah topik yang susah dan pantang-larang
sukar untuk dibualkan bagi sesetengah masyarakat. Mereka tidak memahami
seksualiti dan menyalah gunakan tafsiran tersebut. Oleh
itu, golongan ini sukar atau tidak mampu untuk mengenal atau melaporkan
situasi yang mencurigakan dan boleh dimanipulasi oleh orang lain.
Mereka juga mungkin berfikir bahawa tingkah laku itu atau perbuatan yang
kononnya membantu untuk keperluan harian mereka seperti mandi,
berpakaian dan pergerakan yang sesuai adalah rutin harian biasa. Maka,
kanak-kanak dan remaja kurang upaya juga mempunyai keperluan yang sama
untuk belajar dan mengetahui berkaitan seksualiti. Maka, kanak-kanak dan
remaja kurang upaya mempunyai keperluan yang sama untuk mempunyai
pengetahuan dan kemahiran berkaitan kesihatan seksualiti.
MULAKAN PADA USIA MUDA
Adalah
tidak terlalu awal untuk mulakan pengajaran kesihatan seksual terutama
bagi kanak-kanak kurang upaya. Jawapannya ialah mulakan “secepat
mungkin”. Mulakan pada usia awal , mulakan kesedaran kepada mereka
dengan memulakan penjelasan kepada mereka bagaimana anda menjaga
kebersihan mereka.
Ini
boleh bermula dengan penerangan kepada mereka dalam bahasa yang mudah
mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan dengan membersihkan mereka
seperti selepas memakai lampin pakai buang atau selepas membuang air
besar dan juga semasa mandi. Selain itu, mereka juga perlu sedar/tahu
bahawa orang lain tidak dibenarkan untuk melakukan perkara yang sama
kecuali orang-orang yang khusus diberi kebenaran untuk berbuat demikian.
Ini adalah penting apabila terdapat penjaga lain yang terlibat seperti
pembantu rumah, adik-beradik atau kakitangan nurseri.
Selalulah
berbincang isu-isu yang membuatkan mereka tidak selesa dan memberi
keyakinan/kuasa atau memberitahu anak anda ia adalah OK untuk mengatakan
“Tidak” atau “Saya tidak suka anda menyentuh saya seperti itu”.
FAKTA
Akibat
pilihan yang meningkat dan peluang yang ada, kanak-kanak dan remaja
kurang upaya mempunyai keperluan yang asal/sama untuk belajar tentang
seksualiti. Artikel ini berharap dapat memberi pemahaman tentang
seksualiti dan keselamatan peribadi. Matlamat pendidikan kesihatan
seksualiti adalah untuk :
-
Memberi maklumat seperti memahami perbezaan antara seks dan seksualiti. Seks adalah sebahagian kecil daripada seksualiti.
-
Membangunkan nilai-nilai murni (keluarga, agama, nilai-nilai budaya)
-
Membangunkan kemahiran interpersonal
-
Membangunkan tanggungjawab dan tindakan yag sepatutnya bagi menjaga tubuh badan mereka
-
Tahu bagaimana dan bila untuk mendapatkan bantuan
Seksualiti manusia merangkumi :
-
Pengetahuan seksual
-
Kepercayaan, sikap dan nilai-nilai
-
Tingkah laku. Ia perbincangan yang merangkumi anatomi, fisiologi dan biokimia sistem tindak balas seksual. Seks adalah tindakan dan sebahagian kecil seksualiti.

Tips untuk bercakap tentang seksualiti :
-
Jadikan topik kepada segmen-segmen yang lebih kecil supaya lebih mudah untuk difahami
-
Mula dengan perkara asas (bertanya kepada mereka apa yang mereka tahu)
-
Berfikir dengan konkrit (gunakan isyarat visual dan memberikan contoh)
-
Berulang-ulang dan kumpulkan kesimpulan
-
Ubah suai mengikut jenis kurang upaya. Memberi tumpuan kepada individu bukan kepada kecacatan
-
Biar jelas,gunakan perkataan mudah dan perubatan/saintifik tetapi penekanan perlu untuk menggunakan istilah perubatan yang betul
-
Selesa dengan material/bahan pendidikan kesihatan adalah penting untuk menyampaikan mesej positif tentang seksualiti untuk membina keyakinan diri mereka
-
Bertindak secara berkesan/betul apabila ada tingkah laku yang tidak sesuai, memberi tindak balas bukan mengikut emosi
-
Buat pertimbangan yang betul bukan menghukum
-
Memahami dinamik penderaan seksual kanak-kanak
PANDUANPENDIDIKAN SEKSUAL MENGIKUT UMUR YANG SESUAI
Isi
kandungan pendidikan perlu diajar dalam beberapa sesi. Ibu bapa atau
penjaga mesti konsisten “mengajar” menggunakan setiap masa/peluang
pengajaran yang ada. Sikap kita mesti bersesuaian dengan budaya kita,
etnik, personaliti, didikan, nilai-nilai keluarga, agama dan pengalaman
lalu kita. Berikut adalah panduan menggariskan apa yang perlu kita ajar
seperti di bawah :
3 – 9 tahun
|
10 – 15 tahun
|
16 tahun dan ke atas
|
|
Bahagian Tubuh Badan
|
Tahu
perbezaan antara lelaki dan perempuan. Menamakan bahagian badan
termasuk bahagian badan sulit dan menggunakan istilah yang betul dan
fungsinya.
|
Perubahan kitaran hidup.
Memahami
perbezaan fizikal antara lelaki & wanita dalam kitaran hidup
(kanak-kanak lelaki menjadi seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan
menjadi wanita).
|
Badan anda adalah tanggungjawab anda.
|
Bahagian badan sulit dan tidak sulit.
Mengenal bahagian badan sulit dan semua orang mempunyai anggota sulit.
“Orang lain tidak harus melihat anggota sulit anda”
“Orang lain tidak harus menyentuh bahagian sulit anda” “Anda tidak perlu melihat anggota sulit orang lain” “Anda tidak perlu menyentuh anggota sulit orang lain” |
Perubahan Akil baligh – Perbezaan fizikal, mental & emosi.
|
Perbezaan antara seks dan cinta.
|
|
Penerangan bagaimana bayi dibentuk/terjadi dengan bahasa yang mudah dan jika berpeluang/masa ada.
|
Penerangan bagaimana bayi dibentuk/terjadi. Memahami konsep kesihatan reproduktif.
|
Bertanggungjawab berkaitan hubungan seksual & tahu konsep keibubapaan.
|
|
Kebersihan diri
|
Kebersihan diri Melancap
|
Kebersihan diri Melancap
|
|
Konsep awam & peribadi
|
Tempat awam dan tempat peribadi yang selamat dan tidak selamat.
|
Tempat awam dan tempat peribadi yang selamat dan tidak selamat.
|
Tingkahlaku, cara berpakaian & cara untuk bergaul dengan orang.
|
Tingkah laku – betulkan jika berpeluang.
|
Tingkahlaku & cara berpakaian.
|
||
Perbualan – betulkan jika/bila ada peluang
|
Perbualan – bila bercakap dengan orang yang anda percayai.
|
Perbualan dengan orang yang dipercayai.
|
|
Perasaan & emosi
|
Kemahiran asas dalam bersosial dan komunikasi
|
Membina dan mengekalkan hubungan dengan jantina yang sama dan berlainan.
|
Membina dan mengekalkan hubungan dengan jantina yang sama dan berlainan.
|
Menyedari dan menyatakan emosi.
Berkenalan dengan kawan-kawan.
|
Cara untuk berkawan dan bercakap dengan orang-orang lain.
|
Cara untuk berkawan dan bercakap dengan orang.
|
|
Perhubungan & sentuhan
|
Batasana perhubungan (Pengenalan kepada bulatan perhubungan -link).
|
Batasan perhubungan antara jantina yang sama dan bertentangan (Pengenalan kepada bulatanperhubungan -link).
|
Perhubungan antara jantina yang sama dan bertentangan.
|
Mengetahui jenis sentuhan
|
Mengetahui jenis sentuh & berkata “Tidak” kepada sentuhan yang tidak sesuai.
Semua orang mempunyai tempat & ruang peribadi. |
Mengetahui jenis sentuh & berkata “Tidak” kepada sentuhan yang tidak sesuai.
Semua orang mempunyai tempat & ruang peribadi. |
|
Kata “Tidak” kepada sentuhan tidak sesuai.
|
Undang-undang & akibat jika menyentuh dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain.
|
Undang-undang & akibat jika menyentuh dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain.
|
|
Rancangan keselamatan
Kata TIDAK, PERGI, BERITAHU |
Ajar kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi & Beritahu.
|
Ajar kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi & Beritahu.
|
Ajar kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi & Beritahu.
|
JANGAN menyimpan RAHSIA jika ada isu sentuhan/ menyentuh yang tidak
sesuai.
|
0 ulasan:
Catat Ulasan